Rumah dan kamar penuh keharuman, para yang penuh
                 dengan minyak wangi,
Aku menghidu kewangiannya dan mengenalinya dan menyukainya,
Sulingan itu akan memabukkanku, tapi ku tak akan membenarkannya.
 
Suasana bukanlah minyak wangi, ia tidak mempunyai rasa sulingan itu,
                    ia tanpa hawa daba,
Ia hanyalah untuk mulutku untuk selama-lamanya, aku mencintainya,
Akan aku pergi ke tebing pohon dan menjadi ketara dan
                      telanjang,
Aku gila supaya ia bersentuh dengan ku.
 
Asap dari nafasku sendiri,
Gema, riak, bisikan yang berdengung, akar-cinta, benang-sutera, pangkal paha dan jalar,
Pernafasan ku dan ilham, degupan jantung ku, peralih-
                    an darah dan udara melalui paru paru ku,
Hiduan daun hijau dan daun kering, dan dari pantai dan
                    batuan laut yang gulita, dan rumput kering di jelapang,
Bunyi kata kata sedawa dari suaraku terlepas ke olakan
                     angin,
Beberapa ciuman ringan, beberapa dakapan, lengan yang mengeliling,
Permainan sinar dan bayangan di pohon semasa dahan
                    menggoyang
Seronok masa sunyi atau di tengah kederasan jalan, atau sepanjang padang
                    dan lereng bukit,
Perasaan segar, getaran puncak tengah hari, lagu diri ku membangkit dari
                   tempat tidur dan menemui mentari.
Pernahkah kamu banyak menjangka seribu ekar? pernahkah kamu
                    banyak menjangka bumi?
Pernahkah kamu lama melatih supaya celik huruf?
Pernahkah kamu terasa begitu bangga kerana dapat menggengam maksud puisi?
 
Hentikan siang dan malam ini dengan aku dan akan kau memilik asal usul
                     kesemua puisi,
Kau akan memiliki berkat bumi dan mentari, (ada berjuta juta
                       mentari yang masih tinggal)
Kamu tidak akan menerima apa apa pun dari orang lain, atau melihat
                        menerusi mata mereka yang telah mati, atau menyuap bayang-
                        bayang yang terkandung di kitab,
Tak akan kau melihat menerusi mataku juga, atau mengambil apa apa dari aku,
Akan kau mendengar dari setiap penjuru dan menapisnya di diri mu sendiri.