Si kontralto jati menyanyi di ruang organ, Si tukang kayu membalut papannya, lidah satah depannya mendesing pelat kenaikannya yang liar, Si anak yang sudah dan belum kahwin pulang ke rumah untuk jamuan kesyukurannya, Si juruterbang merampas kancing agung, ia menghumban ke bawah dengan lengan kuat, Si anak kapal berdiri siap sedia dalam kapal ikan-paus, tombak dan lembing tersedia, Si penembak itik berjalan dengan langkah yang senyap dan berhati-hati, Si paderi-paderi ditahbiskan dengan tangan bersalib di meja korban, Si gadis-tenun undur dan mara mengikut dengungan likas besar, Si peladang berhenti di bar sambil berjalan pada perayaan Hari-Pertama dan memandang bijian oat dan rai, Si gila dibawa akhirnya ke rumah orang gila keadaanya disahkan, (Ia tidak akan lagi tidur sebagaimana di katil di kamar bondanya;) Si pencetak (jour) dengan kepala beruban dan dahi kurus-kering atas petak hurufnya, Ia mengguling ketul tembakaunya sambil matanya redam mengikut naskah; Lengan-lengan cacat terikat pada meja pembedah, Yang dibuang gugur ngeri ke dalam baldi; Si gadis separuh kulit hitam itu dijual di pentas-lelong, si pemabuk mengangguk di sebelah dapur bilik minuman, Si tukang mesin menyinsing lengan, si anggota polis menjalani kawasan tugasnya, penjaga pondok merakam mereka yang berlalu, Si pemuda memandu kereta kuda-pantas, (aku menyayanginya walaupun aku tidak mengenalinya) Si kacukan mengikat kasut ringannya untuk bertanding di perlumbaan, Penembakan ayam belanda gaya barat menarik peserta tua muda, ada yang bersandar di atas senapang, ada yang duduk di atas balak, Dari kalangan orang ramai muncul pakar tembak, ia mengambil tempatnya, menghalakan senapangnya, Kumpuan pendatang baru meliputi bagan atau tetambak, Semasa kepala berbulu menyangkul di lading-gula, kepala mandur meneliti mereka dari pelana, Begol memanggil dari dewan tari-menari, tuan-tuan berlari ke pasangan mereka, penari melenggang satu sama lain, Si pemuda terjaga di para bumbing araz dan mendengar hujan yang berirama, Serigala menyediakan perangkap di suak yang membantu memuaskan Huron, Gadis orang asli Amerika yang berselimut kainnya yang berkelium kuning menawarkan mokasin dan saku manik untuk di beli, Si pakar seni meneliti sepanjang dewan pameran dengan mata setengah- pejam terpesong ke sisi, Sambil pekerja geladak memperlajukan kapal api papan dihempaskan buat penumpang yang menurun ke darat, Adik bongsu betina menghulurkan gegelung sambil kakaknya menggulungkannya menjadi bebola dan berhenti sekali-sekala kerana simpul, Isteri baru setahun sedang pulih dan berasa gembira setelah melahirkan anak sulungnya seminggu yang lalu, Gadis Yankee yang berambut kemas berkerja dengan mesin-jahit atau di loji atau kilang, Lelaki yang mengalasi jalan bersandar atas penumbuk dua-tangan, petunjuk pemberita terbang pantas melampaui buku catatatan, pencat papan tanda menghuruf dengan biru dan emas, Budak parit berlari di atas lorong-tepi-sungai, tukang kira mengira di mejanya, tukang kasut menggilap benangnya, Ketua pancaragam memukul rentak buat pancaragamnya dan kesemua pemain mengikutinya, Anak dimandi siram, saudara baru menyatakan pengakuan pertamanya, Regata tersebar di teluk, perlumbaan telah bermula (betapa kilatnya layar putih!) Penggembala yang menjaga kawanannya bersenandung kepada mereka yang mungkin bersiar, Si penjaja berpeluh dengan guni di belakangnya, (si pembeli bertawar menawar kurang lebih satu sen;) Si tunang mengemaskan pakaiannya, jari panjang jam bergerak perlahan, Si pemakan-candu terbaring dengan kepala keras dan bibir baru-terbuka, Si pelacur menyeret selendangnya, topinya mengangguk pada lehernya yang mabuk dan berjerawat, Kumpulan itu tertawa mendengar sumpahan durjanannya, lelaki mengejek dan berkelip mata satu sama lain, (Bangsat! Aku tidak ketawakan sumpahan mu atau mengejek mu) Si Presiden mengendalikan majlis kabinet dikelilingi Setiausaha-setiausaha utama, Di lorong medan tiga janda berjabat tangan tampan dan mesra, Pekerja perahu-ikan membungkus ulangan lapisan halibut di ruang simpanan, Orang Missouri melintasi dataran membawa barang-barang dan lembunya, Semasa pengutip-tambang melalui keretapi ia menarik perhatian dengan gerincing duit syiling, Pemasang-lantai memasang lantai, orang patreri memateri bumbing, tukang batu memanggil untuk lepa, Dalam satu baris kesemuanya memikul pemikul batanya bermara lah buruh; Musim mengejar satu sama lain orangramai yang tidak boleh dikatakan berkerumun, ia adalah hari keempat bulan-Tujuh, (betapa bedil selamat meriam dan senjata kecil!) Musim mengejar satu sama lain pembajak membajak, penyabit menyabit dan benih-musim dingin jatuh ke dalam bumi; Di sana di tasik pemancing-pike memerhati dan menanti di sisi lubang pada paras beku, Tunggul berdiri tebal di sekeliling cerang, si setinggan menbang dalam dengan kapaknya, Anak perahu rata bergesa ke arah senja berhampiran pokok-kapas atau pohon-pekan, Pemburu-rakun melalui daerah sungai Merah atau melalui daerah yang disalir oleh sungai Tennessee, atau melalui daerah sungai Arkansas, Obor menyinar dalam kegelapan yang menyelubungi di sungai Chattahooche atau Altamahaw, Bapa bapa tua duduk bermakan malam dengan anak lelaki dan cucu dan cicit mengelilingi mereka, Di dalam dinding batu jemur, di dalam khemah terpal, berehat pemburu dan pemerangkap setelah akhirnya kegiatan harian, Kota tertidur dan desa tertidur, Yang hidup tertidur buat masanya, yang mati tidur buat masanya, Suami tua tidur sebelah isterinya dan suami muda tidur sebelah isterinya; Dan semua ini bercenderung mendalam kepada aku, dan aku ke luar kepadanya, Dan kalaulah boleh dikatakan bakal menjadi kesemua ini kurang lebih itulah aku, Dan maka dari inilah satu dan kesemuanya aku menenun dendang diriku.