Aku antara yang tua dan muda, antara yang bebal sama seperti yang bijak, Tanpa menghiraukan orang lain, sentiasa menghiraukan orang lain, Keibuan dan juga kebapaan, seorang anak di samping seorang dewasa, Disi isi yang kasar dan juga diisi isi yang halus, Satu bangsa juga pelbagai bangsa, yang paling kecil sama dan yang paling besar sama, Orang Selatan baik juga Orang Utara, seorang petani acuh tak acuh dan murah tangan dihujung Oconee aku berdiam, Seorang Yankee dibatasi cara aku sendiri, sedia berdagang, sendi aku sendi paling luntur di bumi ini dan sendi paling keras di bumi ini, Seorang asal Kentucky melintasi lembah Elkhorn dalam sarung balut kakiku, seorang asal Louisiana atau Georgia, Seorang pendaing melintasi tasik atau teluk atau pantai, seorang Hoosier, Badger, Buckeye; Selesa dengan kasut salji Kanada atau atas di belukar, ataupun dengan nelayan berhampiran New Foundland, Selesa bersama kumpulan perahu-musim dingin, belayar bersama yang lain dan berpal, Selesa di bukau Vermont atau di hutan Maine, dan di ladang ternak Texas, Rakan seperjuangan orang Kalifornia, rakan orang dari Barat Laut yang bebas (men-cintai rupa bentuk mereka yang lebar,) Rakan seperjuangan perakit dan penggali arang, rakan seperjuangan mereka semua yang berjabat tangan dan menjemput ke minuman dan daging, Seorang pelajar dengan mereka yang paling sederhana, seorang guru kepada mereka yang penuh fikiran, Orang yang baru bermula nan berpengalaman musim yang tidak terkira banyaknya, Dari setiap warna dan kasta adalah saya, dari setiap darjat dan agama, Seorang petani, tukang jentera, seniman, tuan, pelayar, quaker, Banduan, lelaki-bergaya, samseng, peguam, tabib, paderi. Aku menentang segala yang lebih sempurna dari kepelbagaianku, Nafas lah udara tapi tinggalkan secukupnya sesudahnya aku, Dan tak sombong, dan berakar di tempat ku. (Rama rama dan telur ikan ada di tempatnya, Mentari terang yang ku lihat dan mentari gelap yang tak mampu aku lihat ada ditempatnya, Yang ketara di tempatnya dan yang tidak ketara di tempatnya).